Hobi Pelik Kumpul Lampin Bayi


Seorang wanita di Slovakia mencipta rekod dunia dengan mengumpul 62,500 helai kain lampin, sekali gus diktiraf Guinness World Records, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Antonia Kozakova menyimpan kesemua 62,757 rekaan lampin tersebut yang bernilai £300,000 (RM1.5 juta) di ruang pejabatnya di sini.

Kozakova, 39, mengambil masa 16 tahun untuk mengumpulkan koleksi tersebut. Dia memperoleh lampin itu dari serata negara di dunia.

Wanita itu mula mencipta rekod dunia Guinness World Records pada tahun 2007 dengan koleksi 21,000 helai lampin. Sejak itu, Kozakova telah memecahkan rekod sendiri sebanyak tiga kali.

"Koleksi yang saya miliki adalah unik. Setiap koleksi hanya ada satu di dunia ini," kata Kazakova.


 

KESEMUA 62,757 rekaan lampin yang dimiliki Kozakova disimpan di ruang pejabatnya di Slovakia.

 
 






Subscribe to receive free email updates: